About Me

My photo
bubbly, friendly...love peace and nature beauty...

Friday, 31 December 2010

Selamat Tahun Baru


Jam dah nak pukul 12 mlm..sambil main game kat FB, tgk tv dan baca blog kawan2...
Macam biasa rutin ku takdelah mcm org muda-mudi yg beria2 nak sambut new year...cian..takde geng weh!!
Usia yg sebegini, rasanya tak mampu nak bersesak2 ngan pelbagai jenis org kat dataran ke, padang ke taman ke.. :D
Kami budak baik! hehehe! mungkin bila ada 'pasangan' nak lepak nanti ada la kot..bila? itu tak pasti (senyum lagi)
Tahun 2010 dah nak pergi, menyusul tahun 2011..
Bagi ku, wang bukan penentu kebahagiaan hakiki...duit banyak pun hati tak 'gumbira' cane?Aku berharap ada sinar bahagia menanti ku tahun depan..InsyAllah....hanya usaha dan doa ku panjatkan kepadaNya tanpa rasa jemu.

Monday, 13 December 2010

Si Penjual Ikan




Sebenarnya, dari minggu lepas lagi aku dpt snap gambar minah sorg ni..sibuk punya pasal aku tunda sampailah hari ni..Masa tu lrt xla padat sgt dan posisi kamera fon aku pun tak menampakkan aku tgh skodeng seseorg...(hahaha)
Apa yg buat aku nak snap gambar dia ni sbbnya dia sangatlah 'sellfish'...ye lah, mmg masa tu xde org nak duduk kat dia tp dgn selambanya sambil menguyah chewing gum sambil usap2 rambut, ala-ala SS dia menikmati keadaan dingin lrt tu..syok habislah sampai pejam2 mata..
Sampai stesen KLCC, org mula masuk..ingatkan dia nak alihlah beg dia, tak dikisahnya sambil membelai rambutnya yg 'straighten' tu..cewah! ala2 iklan Timotei :D jadi, yg lain pun berdirilah...
Konon lagak tourist la kot dgn beg kamera bagai, hello..mat salleh pun ada sifat gentle tau bila nampak pompuan berdiri depan mata..ishk!
Kebanyakkan kita dah takde sivic minded skang ni, nak lalu tpt sempit, main rempuh jer, nak memotong kenderaan, main belasah jer tak bagi signal..dah bagi lak never say thank u bukan meminta at least say something lahhhh...hey! i cannot read your mind ok...









Tuesday, 7 December 2010

Salam Maal Hijrah



Permulaan tahun baru Hijrah..cuaca hari ni mendung ja..kadang2 panas..masa ni (3:21pm) kucing2 dari tgh tadi dah tido..aku lak baru dpt mengadap laptop sambil tgk citer Twilight. Semalam pun gitu, sambil ngadap lappy sambil Twilight lagi...itu lah HBO..tengok sampai lebam :)
Errmm..apa yg menarik hari ni? malas nak kuar, lagipun nak jimat minyak yg ngam2 utk pagi esok sebelum mengisi semula, aku try masak cara kampung, Masak Lemak kulat pokok+pucuk ubi..hahaha hrp2 si JA tak ternganga mulutnya sbb ada kah masak lemak gitu? Yg penting takde lah sampai sakit perut ok hehehe. Ni pun kira cam Masterchef jugaklah, lihat apa yg ada dalam kotak misteri ataupun benda2 yg ado skang ni..kulat pokok, ikan bilis yg ciput, udang kering, pucuk ubi yg segar bugar, terbaik dari ladang :P, serai nan sebatang, kunyit hidup dan santan yg sikit..pastu masak..
Pucuk ubi ni tak yah di rebus dulu mcm mama selalu buat..bila dah masak...rasa dan bau daun gitu hehehe!!
Sampai la ni, aku masih tak makan lagi...sibuk ngan 'ladang virtual ku' Lepas ni nak mamam lah..lapar la pulok!

Friday, 19 November 2010

Lil Charm Bracelet






from Thomas SaboAncient 'armlet' Cantik tak?
Asal perkataan bracelet adalah dr Latin iaitu 'brachile' atau 'of the arm' dan dari Old French word 'barcel'. Sejarah tentang gelang adalah berusia 5000 BC iaitu bermula pada zaman Greek. Pada masa itu ia di perbuat drpd batu, tulang serta kayu dan gelang ini adalah untuk kepentingan agama dan spiritual.
Gelang tangan emas, perak, kulit, kain, logam yg kadang2nya mengandungi batu kristal, kayu atau kulit kerang dan bermacam2 lagilah. Perhiasan di sekeliling gelang tu pulak tergantung rambu-rambu di kelilinginya yg sekarang ni dah jadi trend pakai gelang 'charm'...
Kalau tak salah fahaman saya tentang maksud gelang 'charm' ni membawa daya tarikan peribadi dan hal2 penting si pemakai..hebat kan?
Ada banyak jenis bracelet sebenarnya tapi yg ni je menarik perhatianku sbb bila kita dah dpt gelang asal, kita boleh tambah dekoratif berbentuk. Itu akan menjadi lebih menarik dan paling best bila tangan di hayun, ia pun berdenting mcm wind chime.
Charm bracelet yg cantik dan terkenal setakat ni ialah dari Thomas Sabo..mak aii! punyalah cantik pastu dekorasinya 1 harga beratus, mau tak satu gelang beribu-riban...cuba tgk ni...





Thursday, 18 November 2010

Aidiladha




Hari raya Korban...kat umah je la...lepak sambil makan :) dan masak dan masak lagi..suram jer ari tu..lepas tengahari, hujan pun turun...(hujan rahmat kata mama)
Tak berapa lebat, boleh lagilah nak surf internet dan tengok ASTRO. Memang dah plan ari tu nak masak mee bandung dan kambing..
Sebulan dah puasa sunat, apa lagi mkn la tapi masih dpt kawal lagi hehehe...
Yg sempat di upload, sebelum masuk perut..kambing ni pan-grill je..dapat lamb shoulder pun ok, kentang wedges jer sebab dah ada..kalau ada mash potato lagi sedap dan sayur brocolli dgn garlic dan planta..sedap tau!! hehehe

















Monday, 15 November 2010

Pulau Idaman


Satu lagi tempat kegemaranku...pantai...
Mak cakap, masa kecik2 dulu, kalau aku tak lalu makan, ke pantailah aku di bawanya..Sambil bawa stroler tu, mak aku akan suap nasik..masa tu jugak aku akan senyap (menikmati suasana kot) tak dapat nak upload gambar kat pantai tu, takde scanner lah..
Nak tunjuk muka nyaman kena angin laut hahaha!
Sampai sekarang aku memang suka ke pantai..nak lepak atas batu sambil menikmati desiran ombak...bau air laut..angin yg bertiup..wahhh!!! anak pulau lah katakan...
Bilalah nak pergi pulau yg jauh2 dan cantik macam Pulau Redang, Tioman, Perhentian dan Sipadan? Kos ke sana mengalahkan kos ke Bali lah..mahalnya...
takpe, satu hari insyaAllah...

Dari lensa ku..




Suka betul tengok view...lebih2 lagi bila naik ke menara atau tempat2 yg tinggi. Bila terpandang pemandangan tu, hati rasa tenang, aman dan damai jer.
Gambar ni di ambil dari kamera fon Nokia ku yg 2 megapixelnyer...ok jugak hehehe!! Di ambil dari atas menara tingkat 35..fuhh! tinggi! Itu baru di sisi depan bangunan..belum lagi yg belakang..nampak KLCC, masjid dan Maxis...
Bila la nak duduk kat tempat tinggi macam apartment 20-30 tingkat? 100 tingkat mungkin?

Si Kaca mata




Cantik betul spec hitam dr Betsy Johnson ni...berbaloi tak harganya RM145 tu pun after less dari Primochic website. Semua barang2 yg di jual katanya 100% authentic..ermm...tak pernah beli lagi sebab mahal lah pd diri ni :)
Biarlah biasa2 jer..tp kadang2 kalau dah berkenan..beli jer :P Geram tengok gold butterfly tu, mcm Mariah Carey lak!
Spec ni harga sebenarnya yg dia letak RM180...tup2 dah less RM40 nak beli ke tak? Alih2, dah ada org beli uwaaaaa

Friday, 12 November 2010

Makan




Hari-hari favourite...senang dan cepat...
Bila mak teringin nak makan western, ni lah jalan paling pantas bila nak buat kuah....selain dr produk McCormick yg dah mmg superb!
Nak praktikkan apa yg dah blaja dulu payohlah skit sbb renyah dan mkn masa..nanti tak termakan..lama bebenor nak tunggu buat stok dari tulang daging..
Ikut prosedur tradisional amik masa tuu...
Produk maggi ni (perencah berlada hitam) dah tersedia semua ramuan..cuma tambah air dan bahan2 sampingan seperti bawang besar atau cendawan yg penting jgn letak garam sbb dah masin. Tapi mak suka serbuk Mccormick tu...katanya ala mat salleh gitu..hahah! terer lah mama! Senang jer, tambah air dan renih..nak mushroom, tambah jer, kalau nak rasa black pepper campak jer...takyah susah2 lagi..sedaaappp!!! YUMmm!

Monday, 8 November 2010

Everything is Unstable-at the moment

I just don't know and couldn't decide whether to be loving or be firm about having him in my life.
I tried my best as I can to be reasonable and trying to convince someone without bringing up the subject of commitment.
Marrying me was the smartest move, i guess hehehe by showing all the qualities to be a good soulmate, my sense of humor, the enjoyment fulfilling 'each' other pleasure of interest and such..sigh! nothing help..nothing...
And that’s when I realized… I’d been making some serious mistakes. Mistakes most women made, and I needed to do something about it. Fast.
According to
Rori Raye

Sometimes, being in a nice, comfortable HOLDING PATTERN with us while he focuses on OTHER THINGS is EXACTLY what he has in mind!

Thursday, 4 November 2010

Teruja


Lawak betul kucing2 aku ni...apa lah yg 'mika2' ni tengok. Masa ni balik penang sempena cuti raya, kenalah angkut 'mika' ni semua. Balik umah flet, jadi pergerakan terbantut, pi mai pi mai tang tu jer..
Tergambar riak laku boring tahap cipan hahaha!! Paling geram bila time malam semua nak kuar, cari cicak la apa sajalah 'diorg' nak survey...panjat tebing flet, selinap masuk umah org, lepak depan umah jiran..
Bila pagi Subuh je, suka main kejar2 sampai aku yg tidur ni pun di pijaknnyer..adoii!!! Kena debik lah sekor2 sbb mmg tak cukup tidor di buatnya. Beranda belakanglah tempat 'diorg' lepak sbb boleh nampak pemandangan bawah..betapa rindunya nak pijak tanah :D kesiannn...

My humming song at the moment

Hanya Satu Di Hati


Hanya Tuhan
Yang tahu segalanya
Apa yang ku inginkan
Di saat-saat ini

Kau takkan percaya
Kau selalu di hati
Haruskah ku menangis
Untuk mengatakan yang sesungguhnya

Kaulah segalanya bagi ku
Kaulah curahan hati ini
Tak mungkin ku melupakan mu
Tiada lagi yang ku harap
Hanya kau seorang

Kau takkan percaya
Kau selalu di hati
Haruskah ku menangis
Untuk mengatakan yang sesungguhnya

Kaulah segalanya bagi ku
Kaulah curahan hati ini
Tak mungkin ku melupakan mu
Tiada lagi yang ku harap
Hanya kau seorang

Saturday, 30 October 2010

Nemo


Hari ni Nemo tak jadi mandi lagi...cuaca mendung jer...takut dia sejuk dan demam..

Terlepas lak dia minggu ni..dah sebulan tak mandi ishk!
Nemo in action...sebut perkataan mandi jer dia dah lari sebatu...kejar Nemooooo

MAta


Saya obses dengan solekan mata..especially 'smokey'...

Bila mengenakan make-up, bahagian matalah yg saya paling suka. Teknik smokey-eye menjadi kegemaran saya kerana wajah akan nampak lain serta-merta. Satu je masalah yg saya hadapi..mata saya jenis berair..kena dapatkan pensel celak jenis 'matte' atau kalis air. Warna eye liner pilihan mestilah coklat atau hitam..the darker the better :)

Untuk mencuci make-up mata ni saya cuma perlukan Johnson Baby Oil Lite..senang mencuci terutamanya bila nak tanggalkan maskara kalis air dan eyeliner.
Artis kegemaran saya dalam make-up mata ni semestinya si curvylicious Kim K...cantik sangat!

Tuesday, 19 October 2010


Rindu punya pasal, saya tak padam sms darinya..sebab saya tahu, dia susah nak sms apa lagi call..bila Rindu, saya akan baca balik sms tu..huhuhu! sedihnyer...

Monday, 18 October 2010

Nice Quote

Nice Word to Share

Monday Heat


Hujan waktu pagi di beberapa tempat tapi bahang di waktu tengahari...
Keluar dari stesen lrt, bau seakan kayu bakar..Jerebu ker?
Puasa sunat hari ini...dah lama tak puasa, biarlah perut ni rehat seketika ye..
Waktu Maghrib makin cepat, bestnyer..
Ermm...teringin nak minum air tebu lak hehehe!

Saturday, 16 October 2010

Gelora Di Hati


Kuatkanlah semangat ku untuk menghadapi hari2 yg mendatang...tabahkanlah hati...aku menadah tangan dengan penuh rasa rendah diri, mengharapkan kekuatan dariMu...

Friday, 15 October 2010

Bertemu dalam Mimpi


Kalau dah rindu...tengok mana2 pun ternampak jer...tadi terbau haruman yang macam pernah saya bau...hmmm...

Harap2 dia ok..mungkin sibuk la tu

Diam lagi ni...sabar je lah.....kesian kat aku...

My Word of the Day




Hari ni...ok skit dari semalam yang sangat down. Perasaan yang keliru. Saya amik keputusan untuk berdiam diri dan jangan tengok FB dia lagi buat masa ni...sedehnyerrrrr...kenapa Dia begituu?


Thursday, 14 October 2010

Lagu Kegemaranku

Seronoknya wanita yang menjadi impian sang arjuna sehingga menjadi sebuah lirik sedemikian alunannya...
Part korus memang sebak betul...hanya diri mu..yang bertakhta dalam sanubari ku...adusss....tangkap leleh..memang menyengat :P
Lelaki Ini

Wednesday, 13 October 2010

MotoGP


Masa ni tak penuh lagi..bila time 250cc race baru penuh...
The Doctor Rossi menang kena serbu




Heli untuk siaran :)



Race dah tamat...

MotoGP

Seronok tak terkata sampai hilang suara ni pergi tengok MotoGP kat Sepang dengan kawan tempohari...Sudah lama asyik mendengar deruman enjin tiap kali ada event2 besar seperti Formula 1, Merdeka Endurance, SuperGT dan macam2 lagi lah. Kali ni beli tiket kat F grandstand..bolehlah..dpt angle baiknyer..kalau kat main grandstand lagi best jgn nak cakaplah kan..Patutlah peminat setia sanggup habis beribu nak dok kat main area tu...

Bila dengar enjin dan tepukan, sorakan dan laungan semangat terasa kejap goosebump hahaha..Sudah sekian lama asyik kenal nama ja Rossi ke Lorenzo ke sape ntah lagi ler..baru dapat tengok rupanya kat luar tv..kata orang kecil2 cili api..


Bangga jugak anak Malaysia kita yg 2 org tu menunjukkan prestasi yang boleh dibanggakan (Zulfahmi dan Zamri)


Untuk org yg ada kamera DSLR..masa ni digunakan sebaik mungkin nak snap gambar pergerakan laju..baik jauh dan dekat...saya cuma kamera biasa ja, tapi bila tengok hasil org snap gambar guna kamera DSLR, geram la pulak nak beli satu hahaha..anyway, enjoy the pictures!

Wednesday, 6 October 2010

Weekend


Bila asyik di rumah jer, kemas rumah dah pasti... Ye lah kerja2 rumah yg tertangguh dlm seminggu tu kena langsai jugak. Basuh baju, mop lantai, dan tak lupa jugak si 4 kaki tu nak jugak kena tengok2kan...


Baru-baru ni kali pertama join Treasure Hunt kelab sukan kat ofis..memang seronok walaupun letih satu badan cari jawapan dan mencari 'harta' untuk soalan2 (tulip) yg di beri.


Nak snap gambar pun tak sempat hahaha!! Paling kelakar, sebelah malam presentation jawapan untuk TH tu...sakit perut asyik gelak jer sebab mcm2 jawapan ada...


Kalau diikutkan mcm tak logik jer tapi bila di fikir2 balik..a ah cam tu lah jawapannya ishk!ishk!


InsyaAllah, boleh cuba lagi nanti...


Tuesday, 7 September 2010

Tips ni saya dapat dari satu laman web tentang Magical Conversation iaitu cara menunjukkan minat kita pada topik perbualan dengan rakan, tapi dalam bahasa Inggeris :)

- Tell me more about it
- I never thought of it that way
- that must have upset you
- how did it go?
- you're a really generous person
- I really admire that

Bila saya meneliti ayat2 ini, cara yang digunakan, mmg menarik minat seseorg untuk bercerita malah dia tahu kita berminat nak tahu. Cara pendekatan ini saya dah lakukan pada seseorg yg mmg susah nak bercerita. Bila saya ajukan salah satu ayat di atas, terus dia membuka mulut untuk bercerita dengan semangat sebab dia tahu kita mmg minat nak tahu :)
Jadi, saya telah berjaya membuat org itu bercakap walaupun topik itu dah lama atau bosan pada sesetengah org...

Tuesday, 24 August 2010

Ramadan Datang Lagi


Bulan puasa datang lagi...sebelum ni pun dah puasa ganti dan di susuli dgn puasa sunat..Best puasa ni, badan ringan, tak perlu ke 'ladies' kerap, tak perlu nak fikir nak makan apa, nak cari makan...pendek kata mmg best puasa ni..Tapi I have to admit, adakalanya rasa lesu sebab travelling..dugaan..



Dugaan bulan puasa ni mmg tak dapat nak lari..kadang2 diri sendiri yg buat ermm...Nak jadi sesempurna umat payah betul la..mesti kawal pandangan, pendengaran, percakapan dan kelakuan...


Semoga Ramadhan kali ini bermakna dan mendapat rahmat dan berkat dariNya

Monday, 19 July 2010

English Cotton for SALE


Hai..berbalik pada demam kain cotton sekarang ni, sy ada 1 helai je lagi untuk di jual..Tak mahal cuma RM50 jer termasuk penghantaran..

yg lain dah abis tinggal yg tengah jer (biru)

Tuesday, 29 June 2010

Cotton Oh Cotton







English cotton, Chinese cotton, Thailand cotton, Pakistan cotton, Indian cotton...u name it..di tambah pulak dgn Voile, Viscoise, Belleboo cotton..mcm2 lah..Ishk! gila tau bila tengok kain2 ni..Campur dengan kain cotton biasa yg harganya RM2-10 semeter...alah org kata (cotton murah tu) Saya setakat ni dah 3 pasang baju siap, tak termasuk lagi ngan kain2 yg saya belum lagi tempah nak buat baju! Itu lah perempuan...gila beg, kasut, alat solek, kain dan baju...
Setakat ni, kain cotton yg paling mahal saya beli sepasang RM105...suka ngan coraknya yg comel, sweet..(nampak muda skit)
Suka ngan koleksi kurung/baju kurung pahang, pesak gantung, baju kurung moden ni lebih2 lg bila tgk si jelita Rozita Che Wan memakainya dalam Diari Ramadhan Rafiq dan citer2 lain yg dia lakonkan..suka sangat ngan dia..cantik!
Lepas ni entah kain apa la pulak...oh ya! kain corak digital pun semakin mendapat perhatian..kainnya lembut dan coraknya pun abstrak..selain pilihan adunan warna yg cantik semestinya sesuai buat jubah moden..tak pun dress! Boleh jugak beli baju siap..sama jugak kalau nak beli kain pastu tempah..sama jer.. contohnyer kain cotton yg saya beli sepasang RM50+kos upah RM50-60 dah jadi mahal baju tu..
Kata org utara, pi mai pi mai tang tu gak hahahaha!!!



Enjoy!

My Birthday


Birthday come and birthday go....hadiah istimewa dari family dan kawan2 adalah yg paling istimewa..Dalam umur begini masih lagi tiup lilin hahahah!! Wishes dari kawan2 FB pun special...tu lah keajaiban alam cyber dalam zaman yg serba canggih ni. Kawan dari jauh pun boleh didekatkan dgn adanya laman sesawang seperti FB..

Ni lah kek harijadi saya yg ke 33 thn...atas pemberian rakan sekerja yg sangat baik hati ...so sweet! Doa dari mama dan keluarga adalah sumber kekuatan hari ini dan untuk selama-lamanya...

Monday, 10 May 2010

Hari Ibu




Selamat Hari Ibu untuk seluruh ibu di dunia...Teristimewa buat mama. Telefon mama bertalu-talu kedengaran mesej masuk. Ingat jugak adik2 kat mama...hehehe!! Takde apa yang special untuk mama sebab sibuk betul dia siapkan kertas ujian untuk budak2 KAFA...Jadinya, saya masak jer yang super special hari Sabtu dan lauk simple hari Ahad tu sebabnya mama dah makan 'heavy' kat rumah tempat kenduri (berzanji..)



Sebenarnya mama suruh saya try masak Meatball Alfredo macam kat Pizza Hut tu. Boleh la cuba,tu pun tak guna Fresh Whip cream, cuma guna Prego Alfredo/Cheese and herb sauce jer..baiki2 skit..jadilah..lebih nya saya buat Spaghetti calamari Alfredo...Yumm!!