About Me

My photo
bubbly, friendly...love peace and nature beauty...

Sunday, 28 June 2009

Cuti-cuti Malaysia

Seronok pergi jln2 dgn kawan2 ofis...sekali sekala kan? Walaupn penat tapi not bad...Kali ni ke Cameron Highlands. Dah tak sejuk macam dulu lagi, last pergi ngan family tahun 90 an dulu. Masa tu Equatorial pn tak siap lagi. Sekarang ni dah pesat, jalan pun dah teruk macam kat Brinchang tu. Dulu situlah yg paling sejuk tapi sekarang ni agak panas, berdebu dan sibuk sangat2 terutamanya waktu senja sebab ada pasar malam. Jalan baru dari Simpang Pulai pun dah di buka tapi tak se seronok thru Tapah. Kami singgah jap kat Lata Iskandar...pun sama macam dulu jugak...Setakat main air dgn kaki jer...Budak2 boleh lah mandi...Kami nak mandi pun kena pk 2-3 kali..
Tong sampah memang disediakan tapi sampah melimpah ruah...MDCH kena amik inisiatif skit bagi memastikan tempat-tempat seperti tu dipelihara agar tahap kebersihan terjaga.
Pekan Tanah Rata makin sibuk...penuh dgn kedai-kedai makan, souvenir dan rumah rehat. Tapi yang pastinya, sayur-sayuran kat sana masih di jual dgn harga murah dan longgok, lebih2 lagi strawberry...cactus dan pokok2 bunga. Kali ni saya berpeluang melawat ladang teh Boh yg jauh ke dalam yg kami singgah on the way nak balik...memang cantik scenery nya..So enjoy the pictures!!!

No comments:

Post a Comment