About Me

My photo
bubbly, friendly...love peace and nature beauty...

Tuesday, 22 February 2011

Lumba-lumba

Comel kan ikan lumba2? Sifat ikan ni se akan manusia..manja dan bersahaja...
Tapi bukan kerana ikan lumba2 yg nak diceritakan..tapi sifat manusia yg suka berlumba2..
Dalam pengamatan sayalah, manusia selalu berlumba2 utk makan, memandu, naik kenderaan awam dan tak ketinggalan juga berlumba utk ‘mati’.
Mmg kasar bunyinyer tu, tapi itulah kebenarannya. Menyampah dan sesak dada bila tgk aksi2 manusia yg super hebat di jlnraya, atas darat atau pun tepi darat. Gara2 nak tunjuk kemampuan masing2 dari yg super hebat maupun yg tak berapa ‘ado’ pun tak nak kalah jugaklah..



Senario 1
Tipulah kalau takde rasa cemburu bila tgk kereta besar memotong si kancil yg kelajuannya 70kmsj kan? Tapi rasa hangat hati ni bila nak memotong jer mesti nak ‘cucuk2’ bontot..perlu ke?
Lagi satu bila kita memandu di lorong kanan, jgn hrplah nak ‘stay’ lama kat situ..ada juga ‘pelesit’ yg super laju dgn high beamnyer, dah start nak cucuk2‘bontot’ jadinyer terkial2 lah keta ‘kecik’ ni nak ketepi..( pesanan utk sesiapa sahaja yg memandu ala sight seeing..jgn mimpilah!



Senario 2
Bila time balik keja, aksi merebut kerusi dlm tren sudah menjadi lumrah...mcm musical chair lak rasanya, kalau budak2 tu comel lah tp kalau dah melibatkan org besar, rasa mcm nak sepak pun ada..



Senario 3
Nak makan pun kena jugak berlumba2 jugak ye..entahlah sebab lapar sgt ke atau mmg suka menolak,potong que org..hanya tuan badan jer ada jawapannya..sangat buruk perangai.



Senario 4
Perlu ke nak sendeng/himpit badan org bila nak keluar dari pengadang tiket? Pintu tren? Eeeee! Gelilah..takde rasa ‘sensitif’ ke pada anggota badan anda ? Adoii! Kot ye pun sabar lah kan..nak ke mana? Tandas? Orang lain pun kejar masa jugak..(tak ke lumba2 tu)



Senario 5
Berlumba nak parking kereta...ni lagi satu hal. Kita dah semakin malas, semuanya nak dekat, nak senang keluar tempat parking, easy-access katanyer..dan paling penting FOC. Kalau boleh paling dekat , tak kiralah tempat OKU pun dia parking..Kadang2 sampai selekoh pun dia parking..bijak tak? Hebat sungguh rakyat Mesia ni, sangat kreatif dan inovatif.
Semuanya nak cepat dan pantas, kalau tak memang ketinggalan..tapi apapun, tengok2lah org sebelah..dan jangan sampai sakitkan hati orang..sabarlah banyak2 (sambil urut dada)

No comments:

Post a Comment